Jurutera Maut Diseret Kereta Satu Kilometer

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 11:14 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang jurutera maut selepas dilanggar dan diseret beberapa kenderaan dalam kejadian di Km 374.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Tanjung Malim tengah malam Jumaat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak DSP Mohd Mahiri Hussin berkata dalam kejadian 12.40 tengah malam itu, Izzudin Hamdan, 26, menunggang motosikal di lorong kiri lebuh raya dalam perjalanan dari Manjung ke Ulu Bernam.

"Motosikal yang ditunggang Izzudin hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong tengah dan mangsa tercampak ke tengah jalan.

"Motosikal mangsa kemudian dilanggar oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai Tucson dan akibat pelanggaran motosikal itu melekat di bawah SUV sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya pada masa sama, Izzudin dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta jenis Audi ke lorong paling kanan sejauh satu kilometer sebelum mangsa dilanggar lagi oleh sebuah kereta lain hingga ke pembahagi jalan.

Mangsa yang berasal dari Sitiawan maut di tempat kejadian manakala kesemua pemandu dan penumpang tiga lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Mohd Mahiri berkata ketika kejadian mangsa menunggang bersama seorang lagi rakan, Mohd Zahir Mohd Khair, 30, yang tidak terlibat dalam kemalangan itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: jurutera maut

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan