Kertas Siasatan Letupan Bunga Api Diserah Kepada DPP - OCPD

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes letupan bunga api sempena sambutan tahun baharu di Kompleks Sukan Pandamaran di sini kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad ketika duhubungi berkata selain keterangan mangsa letupan bunga api tersebut, kertas siasatan turut mengandungi keterangan daripada beberapa pihak lain termasuk pegawai Majlis Perbandaran Klang (MPK).

"Kertas siasatan mengenai kejadian tersebut telah pun dilengkapkan dan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dan kini polis hanya menunggu keputusan timbalan pendakwa raya untuk tindakan seterusnya.

"Lima lelaki yang direman sebelum ini termasuk empat pegawai MPK berumur 30 hingga 40 tahun juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis Ahad lepas," katanya.

Dalam insiden 12.05 tengah malam pada 1 Januari lepas, 12 orang dewasa dan empat kanak-kanak cedera apabila bunga api yang dipasang bagi meraikan kedatangan tahun baru menuju ke arah penonton dan meletup.

Pertunjukan bunga api itu diadakan sempena Fiesta Gegar Klang 2016 anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Disember sehingga 1 Januari di kompleks berkenaan.

Pihak polis mengesahkan pertunjukan bunga api itu dilakukan tanpa permit, malah tiada permohonan untuk mendapatkan permit dibuat oleh penganjur.--Bernama

Tags / Kata Kunci: DPP , bunga api , Klang

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan