Guan Eng Beri Keterangan Berhubung Kenyataan Berbaur Hasutan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis merekodkan keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya meminta beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) keluar daripada parti itu susulan sokongan BN terhadap Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016.

Lim berkata dua anggota dari Balai Polis Ampang, Selangor merakamkan keterangannya di Pejabat Ketua Menteri, tingkat 28, Komtar pada 11 pagi Jumaat.

"Saya hanya berikan pandangan sahaja tentang status perlembagaan. Kenyataan ini adalah berbincang tentang sama ada ia (hukum hudud) selaras dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam sidang media di sini.

Lim disiasat menurut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan Seksyen 3(1)(a), Seksyen 3(c) dan Seksyen 3(d) akta yang sama.

Pada 23 November 2016, Lim dalam kenyataannya dilapor berkata MCA, MIC, Gerakan dan SUPP perlu keluar daripada BN berikutan sokongan parti itu terhadap undang-undang seakan-akan hudud yang diusul oleh PAS di Parlimen.

Rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355 itu dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan