Pemuda Dipukul Kerana Gagal Capai Sasaran Jualan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 11:33 AM

Jumiah sentiasa bersama Nur Firdaus yang kini mendapat rawatan di Hospital the Sultan Ismail Johor Bahru.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang jurujual aksesori kereta yang juga pembantu bengkel cedera dipercayai akibat perbuatan majikannya yang berang kerana dia gagal mencapai sasaran jualan.

Berbulan-bulan lamanya, mangsa dikatakan telah didera majikannya yang menggunakan hos air untuk memukulnya dan mencucuh paip ekzos panas pada badannya.

Nur Firdaus Ibrahim, 21 diterima bekerja di bengkel yang terletak di Taman Johor Jaya setahun lalu.

Mangsa juga membantu majikannya menjual aksesori kenderaandi Taman Perling pada sebelah petang.

Jumiah Otto, 56 berkata, anak lelaki majikannya akan menumbuknya jika gagal mencapai sasaran jualan harian antara RM150 dan RM200.

Mangsa juga diberi amaran untuk tidak menggunakan wang hasi jualan aksesori untuk membeli makanan untuk dirinya.

"Saya rasa dia tak terima gaji langsung sebab itu dia tak ada pilihan kecuali menggunakan wang jualan aksesori kereta untuk membeli makanan," katanya.

Tambah Jumiah, ada pihak yang pernah melihat Nur Firdaus merayu dan menangis meminta bantuan.

Pada 7 Januari lalu, kakak tirinya, Norazlin Yusof, 35 bertembung dengan Firdaus dalam keadaan lemah sedang menjual aksesori kereta.

Bagaimanapun, katanya, anak lelakinya itu enggan pulang bersama Norazlin.

Sehubungan itu, katanya, dua laporan polis telah dibuat dan Firdaus kemudiannya di bawa pulang apabila bengkel kerjanya ditemui.

"Tetapi sejak itu dia enggan menceritakan apa yang berlaku sepanjang bekerja di bengkel itu," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail di mana Nur Firdaus kini mendapat rawatan.

Menurut Norazlin, keluarganya sememangnya mengenali majikan adiknya itu.

Seorang lagi kakaknya, Siti Nur Aisyah, 24 berkata, adalah menyedihkan apabila mendapat tahun adik lelakinya itu terpaksa tidur beralaskan kadbod dalam stor di bengkel itu.

Selepas berulang kali adik beradiknya bertanyakan apa yang berlaku pada dirinya, akhirnya Nur Firdaus mengakui didera menggunakan hos air dan paip ekzos.

"Selain menjual barang, adik saya juga disurah melakukan kerja membaiki dan mengecat kenderaan di bengkel itu," katanya sambil menambah berat adiknya menurun dari 90 kilogram (kg) kepada 70 kg dalam masa tiga bulan.

Keadaan Nur Firdaus yang menyedihkan menjadi viral apabila adik beradiknya memuatnaik gambarnya di Facebook.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Jokhiri Abdul Aziz berkata, pihaknya kini sedang mengesan majikan Nur Firdaus dan isterinya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan menggunakan senjata bahaya.

Jokhiri menggesa sesaiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di nombor 07-3864222.







iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan