JSJN Selangor Lupus Dadah RM2.1 Juta

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 2:21 PM

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor (JSJNS) Superitendan R Sundralingam menunjukkan sebahagian jenis dadah yang akan dilupuskan pada Khamis. Sebanyak 545 kg dadah pelbagai jenis bernilai RM 2.1 juta dimusnahkan di sebuah kawasan pelupusan di Serendah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 545 kg pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM2.1 juta dilupuskan dengan cara pembakaran oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor (JSJNS) di sebuah kawasan pelupusan di Rawang dekat sini, Khamis.

Timbalan JSJNS Superitendan R. Sundralingam berkata dadah yang dilupuskan melibatkan 3,053 kes dari tahun 1997 hingga tahun 2014 yang sudah selesai proses perbicaraan dan rayuan di mahkamah.

"Dadah yang dilupuskan terdiri daripada kanabis, heroin, syabu, ketamine, pil ekstasi, pil kuda dan lain-lain dadah berbahaya mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun yang telah selesai perbicaraan dan jatuh hukum.

Kesemua barang-barang kes ini melibatkan seluruh daerah di kontijen negeri Selangor," katanya kepada pemberita selepas pelupusan dadah itu dilaksanakan.

Kata beliau lagi, pelupusan dadah itu merupakan fasa pertama untuk tahun ini.--Bernama


Tags / Kata Kunci: JSJN Selangor , Rawang , dadah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan