Polis Lumpuh Sindiket Dadah, Rampasan Cecah RM3 Juta

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket memproses dan mengedar dadah menerusi penangkapan 11 warga tempatan di Johor dan Selangor awal minggu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pihaknya turut merampas dadah dan bahan kimia untuk memproses dadah bernilai RM3 juta dalam serbuan hampir serentak di beberapa lokasi pada Isnin itu.

Suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita berusia antara 29 dan 63 tahun terbabit diberkas oleh pasukan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor serta Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik Bukit Aman menerusi lapan serbuan bermula 9 pagi hingga 11.20 pagi.

"Lapan daripada mereka dicekup di tujuh kawasan di Johor Bahru dan Kulai manakala tiga lagi ditahan di Taman Pinggiran Subang, Selangor," katanya dalam sidang media, Rabu.

Kata Mohd Mokhtar serbuan turut menghasilkan sitaan aset merangkumi 11 kereta, barangan mewah, wang tunai dan peralatan memproses dadah dengan nilai keseluruhan RM2.5 juta.

"Hasil serbuan itu juga polis membongkar kewujudan sebuah makmal pemprosesan dadah erimin 5 dan sebuah tempat pembungkusannya di Johor Bahru," katanya.

Katanya sindiket itu dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lepas dan dadah yang dihasilkan turut diedar di Singapura dan Indonesia selain pasaran tempatan.

Mengenai suspek, Mohd Mokhtar berkata tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Polis kini memburu saki-baki anggota sindiket," katanya menambah kesemua suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Mohd Mokhtar juga berkata sepanjang lima hari pertama bulan ini, polis  menahan 3,050 individu di seluruh negara kerana didapati membekal, memiliki dan positif dadah.

Katanya tangkapan merangkumi 2,969 warga tempatan dan 81 rakyat asing melibatkan rampasan dadah keseluruhan bernilai RM4.64 juta dan aset  bernilai RM2.5 juta.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: dadah , Bukit Aman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan