Kilang Ayam Dikesan Guna Sijil Halal Palsu

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 6:29 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Sebuah kilang memproses dan membungkus ayam di Kampung Changkat Dain, Jawi di sini dikesan menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perkara itu dikesan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang bersama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang membuat pemeriksaan di kilang itu pada pukul 11 pagi Rabu.

"Kami menemui 50 ekor ayam yang telah diproses dan dibungkus dengan menggunakan plastik tertera logo Halal Jakim yang palsu serta lebih 400 ekor ayam yang belum dibungkus.

Turut ditemui ialah 2,000 bungkusan tauhu Jepun yang menggunakan logo halal swasta yang tidak diiktiraf," kata Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang Md Nasir Mohamad.

Md Nasir berkata hasil semakan mendapati kilang itu tidak pernah memperoleh sijil halal dari Jakim untuk membungkus dan mengedarkan ayam di pasaran dan pihaknya telah merekod keterangan pemilik kilang itu yang berusia 50-an.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati syarikat yang beroperasi sejak dua tahun itu mengedar ayam-ayam diproses ke pasar raya dan pasar mini di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sijil Halal

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan