Polis Buru Dalang Ancam Sembur Cat Di Thaipusam

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang mencari individu yang mengancam untuk menyembur cat pada pakaian wanita dalam perayaan Thaipusam tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, mereka menyedari 'posting' berkenaan kini menjadi viral di Facebook.

"Kita akan ambil tindakan sewajarnya. Apa yang dirancang individu-individu ini melanggar undang-undang, dan kita tidak akan membenarkannya," kata Abdul Samah.

Beliau berkata, polis akan menjaga keselamatan semasa Thaipusam dan akan bertindak terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.

Abdul Samah yang dihubungi pada Isnin berkata, polis turut akan mengenal pasti individu yang memiliki halaman Facebook itu dan 'posting' yang dimuat naik.

Beliau menggesa orang ramai tampil membantu siasatan polis sekiranya mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan.

Mereka perlu menghubungi talian 03-2052 9999 atau tampil di balai polis berdekatan.

Satu kumpulan di Facebook yang menggelarkan diri mereka sebagai "Thaipusam Spraying Group" yang diasaskan oleh individu bernama Henry Barnabas.

Dia mengeluarkan amaran kepada wanita beragama Hindu untuk menyembur cat terhadap wanita yang berpakaian menjolok mata pada majlis sambutan Thaipusam.

Individu itu memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan bahagian belakang wanita memakai pelbagai baju sari dengan amaran bahawa wanita perlu berhati-hati daripada disembur dengan cat aerosol sekiranya didapati berpakaian menjolok mata.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan