Lelaki Maut, Rakan Cedera Dihempap Besi Penolak Sampah

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera dihempap sebahagian besi penolak sampah berkuasa hidraulik seberat kira-kira setengah tan sebuah lori sampah di pusat pelupusan sampah Bukit Tagar, Kuala Kubu Bahru dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superitendan R. Supramaniam berkata mangsa S. Nagaraja, 49, maut di tempat kejadian manakala rakannya S. Nagaraju, 39, yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya, dalam kejadian 7.30 pagi itu, kedua-dua mangsa sedang mencuci baki sampah di bahagian belakang lori berkenaan sebelum dihempap peralatan itu.

"Tiang besi penolak sampah yang beroperasi menggunakan kuasa hidraulik itu dikatakan rosak dan tercabut lalu menghempap mangsa serta rakannya," katanya dalam kenyataan.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun polis masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti sama ada ia ada kaitan dengan kecuaian, kata Supramaniam.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Bukit Tagar , Hospital Sungai Buloh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan