Pasangan Kekasih Ditahan Miliki Dadah Bernilai Lebih RM180,000

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 5:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat sepasang kekasih untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan depan tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis kerana memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM182,790 selain wang tunai dan harta berjumlah RM30,156 turut disita.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata, seorang daripada suspek lelaki, berusia 34 tahun dan tunangnya berusia 24 tahun ditahan di sebuah apartmen di kawasan Sultan Ismail pada 9.45 pagi Khamis.

Katanya hasil pemeriksaan ke atas apartmen tersebut polis merampas 12 ikatan pil eramin 5 berjumlah 3,000 biji seberat 600 gram, dua plastik lutsinar disyaki syabu (368g), dua paket heroin (6g), satu paket ketamin (4g) dan lapan biji pil kuda (2g).

"Hasil siasatan lanjut, polis menemukan tiga beg plastik hitam dalam sebuah kereta Satria yang mengandungi 57 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja seberat 55.786 kg di tempat letak kenderaan apartmen itu," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau berkata siasatan yang dijalankan membawa kepada penahanan suspek ketiga yang berumur 33 tahun pada 9.30 malam Khamis, di kawasan apartmen sama.

"Pemeriksaan yang dibuat terhadap suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah namun semakan mendapati suspek mempunyai rekod pelbagai kesalahan lampau termasuk Akta dadah Berbahaya 1952," katanya.

Abdul Hamid berkata berdasarkan siasatan, polis percaya dadah tersebut untuk edaran sekitar Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Tags / Kata Kunci: Dadah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan