Polis Rampas 10.3kg Syabu Bernilai RM158,925

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 3:31 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah menahan dua lelaki dan merampas 10.3kg dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM158,925 di sebuah bilik hotel di sini, dua hari lepas.

Ketua JSJN negeri Supt Mohamed Fadzil A Rahman berkata susulan siasatan terhadap dua lelaki itu, polis menahan seorang lagi lelaki dan seorang wanita  di lokasi berlainan di sini.

Kesemua suspek berumur antara 20 hingga 34 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

"Dalam serbuan kira-kira 2.45 pagi itu, pemeriksaan terhadap beg dalam bilik itu mendapati mengandungi empat bungkusan plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 10,332 gram," katanya.

Katanya polis turut menyita tiga buah kenderaan iaitu Toyota Hilux, dan Toyota Vios dan merampas empat barang kemas bernilai RM6,200 serta membekukan satu akaun bank.

Mohamed Fadzil berkata ekoran daripada tangkapan itu, pihaknya telah bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Tawau yang telah menahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah serta merampas 6,176.65 gram syabu di sebuah bilik hotel di daerah itu pada kira-kira 10.45 malam, Khamis.

"Kita percaya kes di Kota Kinabalu dan di Tawau berkaitan dan dipercayai juga dadah ini telah dibawa ke Sabah melalui perkhidmatan udara," katanya.

Katanya siasatan lanjut mendapati semua suspek terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah sejak setahun lalu dan dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan bagi kegunaan sejumlah 13,776 orang penagih dalam sebulan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Syabu

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan