Lima Warga Myanmar Maut Akibat Pergaduhan Di Sri Serdang

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 3:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima warga Myanmar maut manakala dua lagi rakan mereka cedera parah dalam pergaduhan di Kawasan Perindustrian Sri Serdang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Lee Wai Leong dalam satu kenyataan di sini berkata dalam kejadian pada 10.25 malam tadi, mangsa maut akibat kecederaan teruk di badan, selepas diserang sekumpulan rakan senegara yang bersenjatakan parang.

"Dua mangsa yang cedera masih dirawat di hospital. Susulan kejadian itu, polis turut menahan tujuh lelaki warganegara Myanmar bagi membantu siasatan," katanya.

Menurut Lee, usaha mengesan semua yang terlibat dalam pergaduhan itu masih dijalankan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Myanmar , Gaduh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan