Pengajar Memandu Maut Nahas Kereta Dipandu Pelatih

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Kemalangan melibatkan dua Perodua Viva di KM1.5 Jalan Ampang Pecah dekat sini mengorbankan  pengajar memandu, manakala pelatih yang memandu kereta berkenaan cedera ringan.

Mangsa, Zainal Azman Mohd Nadzir, 45 adalah penumpang kereta Viva yang dipandu pelatih berusia 17 tahun apabila kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 2.45 petang, Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan R.Supramaniam berkata, kedua-duanya baru sahaja keluar dari kawasan sekolah memandu dan menuju ke Rasa apabila kenderaan itu bertembung dengan sebuah lagi Viva dari arah pekan Kuala Kubu Bharu.

"Pengajar memandu itu cedera parah dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan.

"Bagaimanapun, dia meninggal dunia pada kira-kira pukul 4 petang," katanya.

Difahamkan, lelaki berusia 34 tahun yang memandu sebuah lagi Viva bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa dan pelatih memandu kereta milik sekolah memandu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.



Tags / Kata Kunci: Perodua Viva , Rasa

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan