Maut Dalam Perjalanan Hantar Ibu Ke Hospital

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 10:56 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Hasrat murni seorang pembantu pendandan rambut yang mengambil cuti untuk menghantar ibunya ke hospital tidak kesampaian.

Looi Choon Li, 24, terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok.

Ibunya, yang berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan dan abangnya yang duduk di belakang, cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Yan, dekat Kampung Pisang.

Choon Li, 24, yang bekerja di Pulau Pinang, telah pergi ke rumah keluarganya di Taman Awana di Yan untuk menjemput ibunya, Ch'ng Ai Kam, 55, bagi menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Abang Choon Li, Chee Chong, 37, juga ikut serta.

Mereka dalam perjalanan ke Alor Setar apabila kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi.

Choon Li dipercayai hilang kawalan kereta yang dipandunya dan terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di seberang jalan.

Ai Kam patah tangan kanan dan cedera di kepala, manakala Chee Chong patah kaki.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Superitendan Nor Hafizah Muhammad Lukman berkata satu pasukan dari Balai Bomba Yan tiba di tempat kejadian pada pukul 10.03 pagi.

"Pemandu kereta itu meninggal dunia manakala dua penumpang yang cedera telah dikeluarkan dari kereta oleh orang awam yang lalu-lalang," kata Nor Hafizah.

Beliau juga berkata Ai Kam dan Chee Chong telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah manakala mayat Choon Li telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tags / Kata Kunci: kemalangan , kereta terbabas

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan