KSU KKLW, Dua Anak Lelaki Direman Tujuh Hari

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 11:09 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan dua anak lelakinya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa jawatan dan kedudukannya dalam kerajaan.

Mohd Arif, 59, dan anak-anaknya yang berusia 29 dan 34 tahun, tiba di Mahkamah Majistret di sini menaiki kereta berasingan pada pukul 9.40 pagi Khamis.

Beliau yang ditahan di kediamannya di USJ, Subang pada 8 pagi Rabu oleh SPRM, tiba di perkarangan mahkamah memakai baju lokap SPRM berwarna oren dengan menutup muka dengan baju kemeja jalur.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan KSU yang berumur 59 tahun itu bermula pada Khamis sehingga 11 Januari.

Dua orang anaknya pula ditahan pada Rabu, semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM.

Mereka berdua merupakan pengarah urusan di dua syarikat berbeza.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib berkata siasatan kes terhadap ketiga-tiga individu itu dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan menyatakan penjawat awam menerima benda berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena-mengena dalam apa-apa prosiding atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu.

Pada Rabu, SPRM merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta susulan penahanan KSU itu, selain merampas beberapa barangan mewah termasuk jam, beg tangan, pen dan sejumlah mata wang asing.



Tags / Kata Kunci: tahan reman , KSU kementerian , kes rasuah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan