Juruletup Bunga Api Diberi Tempoh Sehingga Esok - KP Selangor

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Juruletup bunga api dan tiga pembantunya diberi tempoh sehingga esok untuk tampil bagi membantu siasatan insiden bunga api meletup sehingga mencederakan 16 individu semasa sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di padang Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata pihaknya akan melancarkan gerakan mengesan keempat-empat lelaki warga tempatan itu sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

"Kita sudah kenal pasti juruletup tidak bertauliah serta tiga pembantunya yang berusia lewat 30-an dan 40-an ini. Kita harap mereka akan tampil secara sukarela bagi membantu siasatan...sekiranya gagal kita tiada pilihan selain memburu dan menahan mereka," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Ketua Jabatan Pengurusan IPK Selangor antara Datuk Abd Razak Elias dengan Che Man Md Deros.

Abd Razak dilantik sebagai Timbalan Pengarah III Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman selepas hampir 11 tahun memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan IPK Selangor sementara Che Man sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Negeri Sembilan.

Dalam insiden pukul 12.05 tengah malam itu, 12 orang dewasa dan empat kanak-kanak cedera apabila bunga api yang dipasang bagi meraikan kedatangan tahun baharu 2017 menuju ke arah penonton dan meletup.

Pertunjukan bunga api itu adalah acara kemuncak bagi Fiesta Gegar Klang 2016 anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang berlangsung dari 30 Disember hingga 1 Januari.

Abdul Samah berkata sehingga kini, 21 individu termasuk Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin serta mangsa telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Kita sudah tubuh satu pasukan khas untuk siasat kes ini dengan cepat dan supaya ia dapat diberi keutamaan. Kita sedang jalankan siasatan dengan teliti dari semua sudut dan kita cuba lengkapkan siasatan dalam masa terdekat," katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengesahkan bahawa pertunjukan bunga api itu dilakukan tanpa permit, malah tiada permohonan untuk mendapatkan permit dibuat oleh pihak penganjur.

Jelas Abdul Samah, di bawah peruntukan undang-undang, mana-mana pihak yang ingin mengadakan pertunjukan bunga api harus terlebih dahulu membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Sebelum polis keluarkan permit atau lesen, penganjur mesti dapatkan kelulusan dasar daripada KDN. Kita (Polis) hanya akan pertimbangkan permohonan selepas penganjur dapat kelulusan dasar. Kita akan tetapkan bahan letupan yang sesuai dan boleh digunakan, jangka masa bunga api nak dibakar...semua itu akan ditetapkan dalam permit.

"Paling penting kita tetapkan penganjur dapatkan khidmat juruletup bertauliah atau berlesen untuk kendalikan bunga api itu. Juruletup bertauliah ini perlu ada lesen daripada pihak polis dan pihak Geosains...bukan semua orang boleh kendalikan bahan letupan bunga api," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: juruletup , MPK , bunga api

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan