Keputusan Siasatan Insiden Bunga Api Meletup Diketahui Dua Minggu Lagi

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 5:29 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Keputusan siasatan dalaman berhubung insiden bunga api meletup dan mencederakan 14 orang semasa sambutan tahun baharu 2017 di padang Kompleks Sukan Pandamaran di sini akan diketahui kira-kira dua minggu lagi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, siasatan yang dijalankan empat pegawai MPK itu antara lain akan menentukan sama ada prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi.

"MPK memberi jaminan sekiranya siasatan mendapati terdapat pelanggaran SOP atau kecuaian, kakitangan yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas," katanya dalam sidang akhbar di sini, Selasa.

Terdahulu beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan bagi memberi keterangan berhubung insiden berkenaan.

Turut dipanggil memberi keterangan ialah Ketua Jabatan Kemasyarakat MPK Zaireezal Ahmad Zainuddin.Dalam insiden pukul 12.05 tengah malam itu, 10 orang dewasa dan empat kanak-kanak cedera apabila bunga api yang dipasang bagi meraikan kedatangan tahun baharu 2017 menuju ke arah penonton dan meletup.

Pertunjukan bunga api itu adalah acara kemuncak bagi Fiesta Gegar Klang 2016 yang berlangsung dari 30 Disember hingga 1 Januari.

Ditanya mengenai laporan bahawa kontraktor yang dilantik bagi mengendalikan pertunjukan bunga api itu tidak mempunyai lesen, Mohamad Yasid berkata: "Itu saya akan dedahkan setelah siasatan selesai".-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MPK , bunga api , SOP

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan