Banjir Kilat Landa Johor Baru

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 8:16 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Hujan lebat selama dua setengah jam telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan termasuk kawasan City Square dan Komtar JBCC di sini.

Hujan lebat mula turun dari pukul 3.30 petang Isnin, menyebabkan air naik hingga ke paras lutut.

Kejadian ini adalah banjir kilat kedua yang berlaku di Jalan Wong Ah Fook sejak 2015.



Seorang anggota polis bantuan, Norimanulnazifah Fauzi, 28, yang bertugas berkata air mula naik kira-kira pukul 4.30 petang dan telah merosakkan kenderaan yang ada berhampiran kawasan itu.

"Kenderaan-kenderaan itu telah terkandas kerana paras air yang semakin meningkat sebelum ia surut pada kira-kira pukul 5.30 petang," katanya ketika ditemui di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Johor Baru Mohd Halim Hasbullah berkata kawasan lain yang terlibat termasuklah berhampiran pasar raya besar Kipmart, Bakar Batu, Jalan Tebrau dan Permatang Kempas.

Beliau berkata seramai 32 orang telah ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Permatang.

Tags / Kata Kunci: Johor Baru , banjir kilat , hujan lebat

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan