Pelajar Tingkatan Tiga Maut MPV Buat Pusingan 'U' Mengejut

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2017 7:58 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pelajar tingkatan tiga maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gunung Lang berdekatan Taman Rekreasi Gunung Lang di sini, Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa yang maut adalah penunggang motosikal dikenali sebagai Shazmir Hakimi Samsuri,15, manakala pembonceng yang parah adalah Muhammad Danish Rosli Afandi,15 yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Megat Khas di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Perak Supt Wan Jamil Wan Chik berkata, semasa kejadian kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan ke taman rekreasi itu sebelum sebuah MPV Proton Exora yang berada di hadapan mereka membuat pusingan 'U' secara tiba-tiba.

"Penunggang motosikal gagal mengelak kereta tersebut lalu melanggar bahagian kanan kenderaan itu sebelum terjatuh dan menyebabkan Shazmir Hakimi maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu malam.

Beliau berkata, mayat Shazmir Hakimi di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat manakala Muhammad Danish juga dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pemandu Proton Exora bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Wan Jamil berkata, tiada tangkapan dibuat namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan