Polis Trafik Cedera Dilanggar Mat Rempit

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2017 1:15 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang anggota polis trafik cedera dilanggar mat rempit yang cuba meloloskan diri daripada sekatan di susur Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Baru dekat sini awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Anuar Omar berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, Konstabel Muhammad Ameer Jamalidan bersama sepasukan polis sedang menjalankan Op Ambang Tahun Baharu dan Op Samseng Jalanan di kawasan Bayan Lepas serta Bayan Baru.

"Anggota polis itu cuba menahan dan menghentikan sebuah motosikal jenis Yamaha ditunggang seorang remaja lelaki tetapi penunggangnya cuba meloloskan diri sebelum melanggar mangsa.

"Ekoran kejadian itu, remaja lelaki 17 tahun dan masih bersekolah itu terjatuh di atas jalan sebelum ditahan polis," katanya di sini, Ahad.

Beliau berkata, anggota polis yang dilanggar itu mengalami kecederaan pada kening kiri, hidung serta patah gigi dan dihantar ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru, dekat sini untuk rawatan.

Anuar berkata, siasatan awal mendapati remaja lelaki itu mempunyai lesen memandu dan dia kini direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata dalam operasi yang bermula 10 malam Sabtu hingga 6 pagi Ahad, sebanyak 149 buah motosikal diperiksa dan 35 daripadanya disita atas pelbagai kesalahan lalu lintas serta jenayah.

"Dalam operasi itu, kami turut memeriksa 223 orang termasuk 21 wanita dan semua mereka berusia 14 hingga 35 tahun. Polis menahan tiga lelaki kerana positif dadah," katanya.

Katanya, sebanyak 137 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan