Jurutol Cemas, Pondok Tol Tersangkut, Diseret Lori

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2016 10:39 PM

Lokasi kemalangan di Plaza Tol Seafield. Foto twitter @MyOndscene

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang jurutol wanita melalui detik cemas apabila badan sebuah lori tersangkut dan mengheret pondok tol beliau bertugas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Sani Harul, berkata kejadian berlaku pada kira-kira 2 petang Jumaat di Plaza Tol Seafield, Subang Jaya dekat sini.

"Badan lori tiga tan yang membawa muatan besi buruk itu tersangkut dan mengheret pondok tol berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Tambahnya jurutol berkenaan, wanita berumur 38 tahun hanya cedera ringan dan telah dikeluarkan dari pondok tol itu sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian.

Katanya, bomba menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada kira-kira 2.08 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 30 minit kemudian.

Seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke tempat kejadian. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan