Polis Rampas Dua Lagi Senjata Api Di Kulim

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 1:27 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis merampas dua lagi pucuk pistol yang disembunyikan di dua lokasi berasingan dalam Op Api Laras Kawaii pada Selasa dan Rabu lepas, susulan rampasan sepucuk pistol Revolver dalam kes pergaduhan di Kulim, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Jalil Hassan berkata berdasarkan pengakuan suspek lelaki yang ditahan pada Ahad lepas, dia dan rakan lelakinya masih memiliki beberapa pucuk pistol yang disembunyikan di beberapa tempat.

Sehubungan itu, Abdul Jalil berkata polis membuat serbuan pertama di sebuah rumah dua tingkat di Lorong Sekolah Convent, Kulim pada Selasa dan menemukan sepucuk pistol semi auto jenis Glock 3C Austria 45 bersama 49 butir peluru hidup.

Dalam serbuan kedua pada awal pagi Rabu di Taman Selaseh, Kulim, polis menemukan sepucuk pistol tiruan berserta sarung pistol, dua butir peluru hidup, sepasang gari berserta sarung hitam dan topeng muka, katanya.

"Kedua-dua senjata api itu ditanam di halaman rumah berkenaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

"Ekoran penemuan senjata api dan peluru ini, dua suspek lelaki berumur 32 dan 34 tahun berasal dari Kulim ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu.

"Siasatan awal menunjukkan pistol itu digunakan untuk perlindungan diri dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah," katanya.

Ahad lalu, polis menahan tiga suspek terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia 32 hingga 34 tahun serta merampas sepucuk pistol jenis Revolver yang digunakan dalam kes pergaduhan di sebuah kafe di Kulim.
Tags / Kata Kunci: senjata api , kes gaduh , Op Api Laras

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan