Guru Maut Kereta Terjun Gaung, Terbakar

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seorang guru berusia 49 tahun meninggal dunia apabila Proton Persona yang dinaikinya terjunam ke dalam gaung sebelum terbakar di Jalan Tanjung Belungkor di sini.

Kemalangan pada pukul 3 petang Rabu itu berlaku di KM8.5 ketika kereta yang dinaiki tiga individu itu menghala ke arah terminal feri Tanjung Belungkor di Simpang Pasir Gogok.


Abd Rahman Abd Bakar, yang duduk di tempat duduk belakang bersama seorang wanita berusia 24 tahun dalam kereta yang dipandu anaknya, 23, meninggal dunia, manakala dua lagi terselamat.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, pemandu sebuah lori pasir dari arah bertentangan hilang kawalan dan terbabas ke laluan Proton Persona ini.

"Tidak dapat mengelak daripada kenderaan berat dari arah depan, Proton itu bertembung dengan sebuah lori sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 1.5 meter dan terbakar," katanya, Khamis.
Tags / Kata Kunci: terjun gaung , guru maut , Kota Tinggi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan