Pertikaian Wilayah Di Sebalik Kejadian Tembak Di Dengkil

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 4:22 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menahan tiga lagi suspek berhubung insiden tembakan di Dengkil, dipercayai tercetus akibat pertikaian wilayah antara dua kumpulan yang bersaing.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata 20 suspek yang ditangkap, berusia 20-an dan 30-an adalah ahli Geng Satu Hati dan Gang 08, yang kebanyakan operasinya berpangkalan di Dengkil.

"Kami boleh mengesahkan bahawa ini adalah pergaduhan antara dua kumpulan. 20 tahanan ini, adalah mereka yang sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pergaduhan.

"Dalam kes ini, pergaduhan tercetus berhubung pertikaian wilayah. Setiap pihak mendakwa kawasan itu sebagai milik mereka.

"Kes ini juga mempunyai kaitan dengan satu lagi kes yang kita sedang siasat," katanya.


Abdul Samah berkata polis tidak akan membuat sebarang tangkapan lain berhubung kejadian itu.

Polis telah mengenal pasti individu yang melepaskan dua das tembakan dan kini dalam proses mencari senjata yang digunakan.

Abdul Samah berkata, kes itu akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

Pergaduhan pada awal pagi yang melibatkan dua ahli kumpulan di sebuah restoran di Dengkil itu dipercayai membawa kepada kejadian tembak pada Jumaat.


Ahli kumpulan itu dilaporkan mabuk pada masa kejadian dan dua das tembakan dilepaskan semasa perbalahan.

Salah satu peluru terkena kenderaan dan satu lagi masih belum ditemui.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan