Warga Emas Maut Ditanduk Kerbau Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 7:00 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Hasrat seorang warga emas menjual kerbaunya tidak kesampaian apabila dia mati ditanduk kerbau itu di Kampung Pak Itam di sini pada Selasa.

Haiwan itu dikatakan baharu melahirkan anak tiga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Ibrahim Saad berkata mayat Mat Usop Che Ya, 65, ditemukan pada pukul 3 petang dengan mengalami pendarahan yang teruk di leher dan kepalanya.

"Mangsa dilapor mahu menangkap haiwan peliharaannya itu untuk dijual kepada seorang kenalannya," katanya.

Isteri mangsa Fatimah Ibrahim, 57, yang tinggal di Kampung Tok Rusa berkata pada sebelah pagi kejadian suaminya memberitahu dia mahu menangkap kerbau berkenaan untuk dijual.

Beliau berkata beliau mengetahui suaminya meninggal pada pukul 3.30 petang selepas menerima panggilan dari seorang penduduk kampung sebelum beliau dan seorang anaknya bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumahnya.

"Saya tidak menyangka kejadian ini menimpa suami saya yang sudah menternak kerbau sejak 30 tahun lalu," katanya.

Mereka menternak lebih 20 ekor kerbau dan kerbau betina terbabit adalah antara yang paling sukar dikawal dan oleh itu suaminya mahu menjual haiwan berkenaan, tambahnya.

Jenazah Allahyarham yang selepas kejadian dibawa ke Hospital Pair Mas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Senor pagi Rabu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pasir Mas

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan