19 Penduduk Terjejas Ekoran Banjir Kilat Di Lawas

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 12:47 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

MIRI: Banjir kilat yang berlaku di Lawas, Limbang malam Selasa menyebabkan 19 orang dari Kampung Siang-Siang, Trusan Lawas ditempatkan ke pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Trusan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang, Mahathir Mohd Isa berkata pusat pemindahan itu dibuka pukul 10.06 malam, bagaimanapun ditutup pada 10.15 pagi Rabu berikutan keadaan air yang sudah surut. 

"Hujan lebat yang berlaku sejak petang semalam menyebabkan berlakunya banjir kilat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mahathir berkata kesemua mangsa telah kembali ke kediaman masing-masing namun pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa berikutan ramalan hujan lebat akan berlaku di Limbang pada awal Januari depan.

"Hujan lebat dijangka tidak menyebabkan banjir yang teruk tetapi kita bersama jabatan dan agensi lain akan memantau kawasan berisiko banjir terutama sekali kawasan rendah," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Banjir , Lawas

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan