Dua Pusat Pemindahan Di Kemaman Ditutup, 79 Mangsa Banjir Dibenarkan Pulang

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 1:15 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dua pusat pemindahan di Kemaman yang menempatkan 79 mangsa banjir ditutup pada Rabu selepas penduduk yang terjejas akibat bencana itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata, dua pusat pemindahan iaitu di Sekolah Menengah Badrul Alam Shah dan Balai Raya Padang Kemunting ditutup pada 9.25 pagi.

"Cuaca semakin baik dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas berlindung di pusat pemindahan sejak Isnin.

"Banjir juga telah surut sepenuhnya," katanya.

Kesemua mangsa terpaksa meninggalkan rumah masing-masing dan ditempatkan di pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat selama lapan jam bermula tengah malam Isnin.

Tags / Kata Kunci: Banjir , Kemanan

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan