Polis Cedera Ketika Sertai Operasi Cegah Jenayah

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 12:54 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seorang anggota polis cedera semasa mengejar suspek yang cuba melarikan diri semasa operasi mencegah jenayah di Bukit Kanada petang Isnin.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, sebelum kejadian berlaku anggota polis yang berpangkat Lans Korporal berusia 28 tahun bersama dua rakan setugasnya telah menahan seorang penunggang motosikal, lelaki rakyat tempatan berusia 20-tahun.

"Suspek cuba ditahan di lampu isyarat berhampiran sebuah pusat membeli-belah di Jalan Miri Pujut pukul 3.30 petang semalam kerana motosikal tidak memiliki nombor pendaftaran depan dan belakang,"katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Khoo berkata, apabila diminta untuk menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu suspek enggan berbuat demikian dan terus memecut ke arah Bukit Kanada dan pihak polis mengejar suspek.

Beliau berkata, semasa menuruni Bukit Kanada suspek terbabas melanggar bahu jalan dan jatuh manakala mangsa cuba mengelak turut terjatuh.

"Mangsa mengalami kecederaan di bibir, bahu kiri serta kanan dan seluruh badan manakala suspek luka di kedua-dua siku,"katanya.

Beliau berkata, motosikal ronda jenis Honda yang digunakan oleh mangsa turut mengalami kerosakan dan siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang oleh suspek adalah milik ibunya.

"Suspek telah dibawa ke Hospital Miri untuk mendapat rawatan dan kini ditahan di lokap," katanya sambil menambah saman trafik dikeluarkan ke atas suspek kerana tidak memiliki lesen memandu B2 dan tidak mempamerkan nombor pendaftaran depan dan belakang.

Beliau berkata, suspek turut disiasat atas kesalahan menghalang penjawat melakukan tugas di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Miri dan diberi cuti sakit," katanya lagi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Khoo Leng Huat

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan