Mangsa Hentam Motosikal Perompak Dengan Kereta - Berita Jenayah | mStar

Mangsa Hentam Motosikal Perompak Dengan Kereta

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 7:16 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KERIAN: Hasrat tiga perompak bermotosikal untuk melarikan diri tidak kesampaian apabila mereka dikejar mangsa di Taman Murni, Parit Buntar dekat sini.

Mohamed Mazis Mohamed Mokhtar, 25, dan empat yang lain termasuk isterinya, telah dirompak sebelum mangsa menaiki keretanya dan mengejar perompak dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi Selasa.

Selepas menghentam motosikal suspek dari belakang, Mohamed Mazis kemudiannya menahan mereka dengan bantuan orang ramai.

Terdahulu, Mohamed Mazis dan rakan-rakan beliau telah diserang oleh perompak, seorang daripadanya bersenjatakan parang.

Perompak itu juga telah meletakkan parang di leher Mohamed Mazis hingga menyebabkan berlaku pergelutan apabila mangsa enggan memberi kerjasama.

Salah seorang kawan Mohamed Mazis telah ditetak di kepala.

Perompak kemudian cuba melarikan diri bersama gelang, cincin emas, dua beg tangan dan dua jam tangan sebelum mereka kemudiannya ditangkap.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan masih dijalankan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan