Anggota Polis Cedera Ditikam Di Selayang

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2016 9:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Konstabel cedera ditikam di perut dengan objek tajam dipercayai kerambit dalam pergaduhan dengan dua lelaki di Selayang dekat sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata anggota polis berusia 26 tahun itu, yang bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, kini dirawat di Hospital Selayang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata berikutan kejadian 5.30 pagi itu, polis menahan reman kedua-dua lelaki itu, yang berusia 24 tahun, mulai hari ini hingga Khamis. 

"Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada tindakan mangsa membuat pesanan roti canai dengan suspek yang disangkanya pekerja restoran berkenaan.

"Berikutan itu, semasa suspek beredar dari restoran berkenaan, seorang daripada suspek dikatakan menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa menyebabkan mangsa mengejarnya hingga berlaku pergaduhan serta menyebabkan mangsa ditikam,"katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Ali berkata kedua-dua suspek itu mengalami cedera ringan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan benda yang berbahaya.

Tags / Kata Kunci: Anggota polis ditikam

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan