Pulau Pinang Jadi Transit Dadah Dari Segi Tiga Emas

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 4:31 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Sindiket yang mempunyai jaringan di peringkat antarabangsa menjadikan Pulau Pinang sebagai tempat persinggahan bagi dadah yang mereka seludup dari "Tiga Segi Emas" berhampiran sempadan Thailand, Myanmar dan Laos, yang juga dikenali sebagai kilang dadah dunia.

Pemangku Pemerintah Bahagian Pencegahan Narkotik Kawasan 4 Thailand (selatan) Mej Jen Dussadee Choosankij berkata dadah berkenaan akan dieksport ke negara lain setelah tiba di Pulau Pinang.

"Saya rasa Malaysia (Pulau Pinang) menjadi hab (bagi dadah yang dibawa dari Thailand) kerana ia mempunyai pelabuhan dan terdapat sindiket Malaysia yang mempunyai kaitan dengan sindiket dadah di negara lain.

"Pasaran utama bagi dadah ini (melalui Pulau Pinang) ialah Taiwan dan setelah sampai di Taiwan, bahan itu akan dieksport pula ke negara lain," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Dussadee berkata sindiket terbabit diketahui menggunakan Pulau Pinang sebagai satu daripada transit bagi laluan mereka untuk tempoh tertentu.

Peranan Pulau Pinang sebagai transit pilihan bagi sindiket dadah terdedah melalui beberapa kes kegagalan cubaan untuk menyeludup dadah ke Malaysia baru-baru ini.

Dalam semua kes itu, para penyiasat diberitahu bahawa destinasi dadah yang dirampas ialah Pulau Pinang sekiranya mereka berjaya melepasi pihak berkuasa yang mengawal sempadan Malaysia-Thailand.

Pada Mei tahun ini, 21 "keldai dadah" Malaysia ditangkap pihak berkuasa Thailand dalam dua operasi yang menemukan 226kg methamphetamine serta 8kg heroin tulen yang disorok di dalam beg galas.

Lima belas daripada suspek ditangkap di dalam kereta api yang dalam perjalanan ke Butterworth dari Bangkok, manakala enam lagi ditangkap di dalam sebuah van di selatan Thailand.

Para penyiasat memberitahu Bernama, mereka percaya dadah berkenaan dirancang untuk dieksport ke sebuah negara Eropah dari Pulau Pinang dan di sana, bahan itu dijual pada harga tiga atau empat kali ganda lebih tinggi daripada harga asal untuk membolehkan sindiket terbabit meraih keuntungan besar.

Pada 11 Disember, dua rakyat Malaysia ditangkap di Chumphon, selatan Thailand, dimana pihak berkuasa menemukan 52.4kg heroin tulen dan 41kg methamphetamine disorok di dalam kereta yang mereka naiki.

Dussadee berkata dua lelaki berusia separuh abad itu merancang menghantar dadah berkenaan kepada seseorang di Hatyai, yang kemudian akan membawa bahan ituke Pulau Pinang untuk dieksport ke sebuah negara lain, dengan Taiwan atau Australia mungkin menjadi destinasi terakhirnya.

Heroin tulen seberat 52.4kg yang ditemukan di dalam kereta yang dinaiki dua lelaki berkenaan mengunakan jenama terkenal, Double UOGlobe.

Ini menunjukkan iaberasal dari sebuah kilang heroin di tengah-tengah belantara Laos.

Seminggu selepas kes itu, agensi penguatkuasaan dadah Thailand mengumumkan satu lagi kejayaan besar dalam usahanya membanteras sindiket dadah pada 17 Dis berikutan tertangkapnya tujuh orang dan sebanyak 500kg methamphetamine atau "Ice" dirampas daripada mereka.

Lima daripada lelaki berkenaan ditangkap di Chumphon dan dua lagi di Hatyai.

Menurut Dussadee, dadah itu dirancang untuk ditinggalkan di Takbai, sebuah tempat di Narathiwat sebelum diseludup masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok.

"Saya percaya 100 peratus dadah itu adalah untuk diseludup masuk ke Malaysia sebelum dieksport semula ke negara ketiga. Mereka merancang menggunakan Sungai Golok sebagai pintu masuk ke Malaysia kerana menyeludup dengan menggunakan bot melalui sungai itu adalah lebih mudah," kata Dussadee.

Beliau berkata seorang daripada tujuh lelaki yang ditangkap dalam kes itu mengaku mengangkut 14 kampit dadah sintetik tidak diketahui jenisnya ke Narathiwat pada Oktober tahun ini untuk diambil seseorang dan dibawa masuk ke Malaysia.

Lelaki itu, kata beliau, mengaku menjadi keldai dadah dan menerima upah bagi setiap kampit yang diangkutnya, manakala kampit itu pula ditipu sebagai kampit baja untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Dussadee berkata beliau mempunyai hubungan baik dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, yang fasih berbahasa Thai dalam urusan harian mereka untuk memerangi penyeludupan dadah melalui sempadan Malaysia-Thailand.

"Komunikasi antara kami juga, cukup baik," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , transit dadah , segi tiga emas

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan