Kemalangan Bas Di Pagoh: Seorang Lagi Meninggal Dunia, Angka Korban Meningkat 14 - Berita Jenayah | mStar

Kemalangan Bas Di Pagoh: Seorang Lagi Meninggal Dunia, Angka Korban Meningkat 14

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 11:01 AM

Keadaan bas ekspress yang terbabas ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi Sabtu. Kejadian itu mengakibatkan 14 maut. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MUAR: Seorang lagi penumpang bas ekspres yang terbabas dan terjunam ke dalam cerun dekat sini meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian 14 orang.


Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muar, kata seorang jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Sabtu.

Mereka yang berada dalam bas terbabit terdiri daripada rakyat Malaysia dan warga asing dari Singapura dan Myanmar yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Baru.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 4 pagi Sabtu dengan 13 orang pada mulanya dilaporkan terkorban dan 17 yang lain cedera.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata 25 anggota dari Muar, Bukit Gambit dan Yong Peng telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4 pagi.


Mohd Yusof berkata, siasatan awal mendapati permukaan jalan berada dalam keadaan yang baik dan tidak hujan ketika kejadian..
Tags / Kata Kunci: kemalangan bas , Pagoh
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan