14 Maut, 16 Cedera Dalam Kemalangan Bas Ekspres Di Pagoh

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 8:51 AM

-foto ihsan Bomba

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

MUAR: Empat belas maut manakala 16 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi Sabtu.


Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata kemalangan yang berlaku berdekatan Kampong Jayo itu, turut mengorbankan pemandu dan seorang kanak-kanak.



Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 45 minit kemudian.

"Seramai 27 anggota bomba dari tiga balai iaitu Muar, Yong Peng dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian," kata Mohd Yusof ketika dihubungi di sini.

Kesemua mangsa yang terkorban dan cedera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, kata beliau.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.10 pagi, katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan