'Puan Sri' Direman Bantu Siasatan Buat Kenyataan Jelik Terhadap Sultan Johor

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang aktivis alam sekitar bergelar 'Puan Sri' direman tiga hari mulai Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang dibuat menerusi laman sosial Facebook.

Perintah reman terhadap wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Johor Bahru Hidayah Abdul Manaf.

Turut dikenakan reman bagi tempoh yang sama adalah seorang wanita lain yang berumur 51 tahun.

Kedua-dua wanita berkenaan dilihat tiba di perkarangan mahkamah dengan menaiki kereta polis pada kira-kira 9.30 pagi sebelum beredar dengan kenderaan sama selepas selesai prosiding, kira-kira 11 pagi.

Turut hadir peguam kedua-dua mereka, Siti Zabedah Kasim.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd menerusi satu kenyataan mengesahkan pihaknya menahan kedua-dua wanita terbabit di Batu Tiga, Shah Alam, Selangor, 8.30 malam tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata pihaknya menerima satu laporan pada 1.17 tengah hari, 20 Dis lepas berkenaan dengan satu kenyataan jelik terhadap Sultan Johor kerana kenyataan tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara.

Wan Ahmad Najmuddin berkata polis turut merampas dua telefon bimbit dan dua keping simkad daripada kedua-dua wanita tersebut untuk membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: reman , kenyataan jelik , Sultan Johor

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan