Dua Wanita Ditahan Dipercayai Buat Kenyataan Jelik Terhadap Sultan Johor

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 9:45 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis menahan dua wanita malam Khamis kerana dipercayai membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata wanita berumur 54 dan 51 tahun itu ditahan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor kira-kira 8.30 malam di Batu Tiga, Shah Alam, Selangor selepas polis bertindak atas satu laporan.

"Polis Johor menerima satu laporan pada 1.17 tengah hari, 20 Dis lepas berkenaan satu kenyataan jelik terhadap Sultan Johor. Kenyataan yang dikeluarkan tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara," katanya menerusi kenyataan di sini Jumaat.

Wan Ahmad Najmuddin berkata hasil daripada penahanan itu, polis merampas dua telefon bimbit dan dua keping simkad yang dipercayai digunakan oleh kedua-dua wanita tersebut untuk membuat kenyataan jelik berkenaan menerusi Facebook.

Katanya, pihaknya sehubungan itu ingin menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan kenyataan untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.

Wan Ahmad Najmuddin berkata pihaknya juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit, katanya.

Sementara itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki petang semalam kerana dipercayai membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim melalui Facebook.

Beliau berkata lelaki berumur 38 tahun itu ditahan kira-kira 6.45 petang di Jalan Puyuh, Larkin Jaya, di sini selepas pihaknya bertindak atas satu laporan polis.

"Polis Johor menerima satu laporan berkaitan penyalahgunaan laman media sosial pada 2.11 pagi, semalam. Laporan tersebut adalah berkenaan dengan satu kenyataan jelik terhadap Tunku Aminah yang boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara," katanya juga menerusi kenyataan.

Wan Ahmad Najmuddin berkata hasil daripada tangkapan itu, polis merampas sekeping simkad dan satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh lelaki terbabit bagi membuat kenyataan jelik tersebut.

Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan