Rakyat Malaysia Ditahan Sorok Dadah Dalam Seluar Dalam

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 12:08 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal rakyat Malaysia ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas selepas dadah jenis heroin dengan berat kira-kira 900g ditemui dalam seluar dalamnya.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di zon ketibaan motosikal oleh pegawai Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA)
pada pukul 6.10 pagi  Rabu.

Semasa melakukan pemeriksaan ke atasnya, pegawai ICA mengesyaki lelaki itu telah menyembunyikan dadah dalam seluar dalamnya dan memaklumkan kepada pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB).

Pegawai-pegawai CNB menjalan pemeriksaan ke atas lelaki itu dan menjumpai heroin yang dianggarkan bernilai lebih S$ 63,000 (RM195,000).

Dia kini telah diletakkan di bawah tahanan.

"Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntukkan hukuman mati jika jumlah diamorphine (atau heroin tulen) yang diperdagangkan melebihi 15g," menurut ICA dan CNB dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

Jumlah itu bersamaan dengan 1,250 batang straw, cukup untuk digunakan oleh kira-kira 180 orang yang menyalahgunakannya selama seminggu.

"Sempadan pintu masuk adalah barisan pertama pertahanan kita dalam menjaga keselamatan Singapura, dan pemeriksaan keselamatan adalah penting untuk keselamatan negara kita.

"Agensi-agensi Home Team akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas penumpang dan kenderaan di tempat pemeriksaan untuk mengelakkan percubaan menyeludup manusia, ubat-ubatan, senjata, bahan letupan dan barang seludup lain yang tak diingini," kata kenyataan akhbar. - The Straits Times/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: sorok dadah , heroin

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan