Polis Sahkan Ketua Penculik Dibunuh Di Semporna - Berita Jenayah | mStar

Polis Sahkan Ketua Penculik Dibunuh Di Semporna

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 7:27 PM

Polis menembak mati tiga penculik termasuk Abraham dan menahan dua yang lain semasa kejadian tembak menembak di Pulau Gaya di Semporna pada 8 Disember lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan bahawa pemimpin kumpulan penculik terkenal yang ditembak mati di Semporna adalah Abraham @ Ibrahim.

Dia telah dikaitkan dengan beberapa penculikan di pantai timur Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, polis telah mengenalpasti identiti mayat suspek dan kini sedang mencari maklumat jika wujud kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di selatan Filipina.

"Kami percaya bahawa Abraham telah terlibat dalam beberapa penculikan bagi kes-kes tebusan. Kami sedang menyiasat lebih mendalam mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita ketika melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di Karamunsing di sini Khamis.

The Star yang memetik sumber perisikan dan melaporkan awal bulan ini bahawa Abraham, seorang nelayan yang berpangkalan di pulau Tawi Tawi, bertindak menculik selepas pukatnya didakwa dimusnahkan oleh bot nelayan Sabah.

Pada 8 Disember, polis menembak mati tiga penculik, termasuk Abraham dan menahan dua orang lain semasa kejadian tembak-menembak di Pulau Gaya di Semporna.

Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , Selatan Filipina
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan