Polis Cekup Dua Lelaki, Rampas 3.5kg Dadah

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 2:08 PM

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor ACP Lukas Ak Aket (dua, kanan) menunjukkan dadah dipercayai jenis ekstasi, syabu, ganja dan peralatan memproses dadah yang dirampas pada serbuan di sebuah rumah di Masai pada 20 Disember 2014. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas lebih 3.5 kilogram dadah dalam satu operasi khas, di sini malam Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor ACP Lukas Aket berkata penahanan kedua-dua suspek berusia 33 dan 34 tahun itu dilakukan di tepi Lebuhraya Pasir Gudang kira-kira pukul 8.50 malam.

"Susulan penahanan kedua-duanya, polis menyerbu sebuah rumah kediaman di kawasan Masai dan merampas 3.5 kg serbuk disyaki ecstasy, 0.99 gram dadah dipercayai syabu, 9.25 gram dadah disyaki ganja dan peralatan untuk memproses dadah ecstasy," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.

Lukas berkata anggaran harga pasaran bagi keseluruhan dadah itu adalah RM350,000.

Polis juga percaya dadah tersebut untuk edaran tempatan dan kedua-dua suspek dipercayai aktif antara lima dan enam bulan yang lalu dengan kegiatan dilakukan secara berkala.

Lukas berkata hasil siasatan lanjut, seorang daripada suspek didapati memiliki tujuh rekod jenayah lampau berkaitan penipuan dan dadah manakala seorang lagi mempunyai dua rekod jenayah juga berhubung dadah.

Kedua-dua mereka kini ditahan reman hingga 26 Disember untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Lukas, seramai 19,224 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di negeri ini sepanjang Januari hingga 19 Disember lepas.

Daripada jumlah itu, seramai 2,222 orang ditangkap kerana mengedar dadah; 3,874 orang memiliki; 13,035 orang merupakan penagih dan 93 orang lagi ditahan menurut Undang-undang Pencegahan ADB (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Beliau berkata jumlah keseluruhan dadah yang dirampas pula sebanyak 844.03 kg bernilai kira-kira RM27.44 juta.

"Sepanjang tempoh itu, kami turut menyita wang tunai dan pelbagai harta pengedar dadah berjumlah RM11.63 juta," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan