Pelajar Asing Antara Tujuh Ditahan Terlibat Kumpulan Pengganas

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 10:35 PM

Dua daripada tujuh suspek ditahan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh lelaki termasuk empat wargaasing yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan ditahan di beberapa lokasi dalam negara antara 3 November hingga 16 Disember lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 35 tahun itu ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas dalam operasi di sekitar Johor, Sabah, Melaka dan Selangor.

"Warga asing yang ditahan termasuk dua pelajar di Universiti Antarabangsa Al-Madinah Shah Alam dan seorang operator kilang di Johor," katanya dalam kenyataan di pada Selasa.

Khalid berkata dua pelajar berkenaan ditahan bersama seorang lagi suspek di sekitar Selangor pada 3 Nov manakala operator kilang warga asing berusia 26 tahun ditahan di Johor pada 8 Disember lepas.

Beliau berkata siasatan mendapati salah seorang dari pelajar berkenaan pernah disiasat oleh pihak berkuasa asing kerana terlibat dalam kumpulan militan Daesh.

Pada September lepas, pelajar itu disyaki terlibat dalam percubaan mendapatkan maklumat-maklumat sensitif mengenai aspek keselamatan di sebuah sekolah antarabangsa di ibu negara manakala seorang lagi pelajar disyaki bersubahat dengannya.

"Pemeriksaan mendapati seorang lagi suspek pernah ditahan di Timur Tengah pada 2010 kerana disyaki menganggotai kumpulan pengganas Al-Qaeda.

"Ketiga-tiga suspek yang ditahan di Selangor itu telah diusir pulang ke negara asal pada 22 dan 23 Nov lepas," katanya.

Beliau berkata operator kilang itu pula ditahan kerana disyaki merancang untuk menyeludup senjata api ke Poso, Indonesia serta menyusup masuk ke Myanmar bagi melancarkan serangan.

Selain itu, Khalid berkata tiga lagi lelaki rakyat tempatan yang ditahan termasuk seorang lelaki berusia 24 tahun yang ditahan di Melaka pada26 Nov lepas kerana disyaki anggota kumpulan pengganas Daesh.

Menurut beliau, lelaki berkenaan disyaki menerima arahan dari rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan pengganas Daesh di Syria Muhammad Wanndy Mohamed Jedi untuk melancarkan serangan ke atas pusat hiburan di sekitar Melaka dan ibu negara.

Katanya, siasatan mendapati suspek itu juga telah mendapatkan tunjuk ajar cara-cara menghasilkan 'alat letupan improvisasi'(IED) dari seorang rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan Daesh di Syria yang dikenali sebagai Muhammad Nasrullah Abd Latif@Abu Gomes.

"Seorang lagi ialah pemandu lori berusia 24 tahun yang ditahan pada 16 Diskerana disyaki telah mengancam untuk melancarkan serangan bom ke atas pusat hiburan di sekitar ibu negara melalui akaun Facebook miliknya," katanya.

Beliau berkata seorang pekerja kilang perabot berusia 35 tahun pula ditahan di Kota Kinabalu pada 16 Nov kerana disyaki menganggotai sel Daesh di Sabah.

Sehubungan itu, Khalid berkata kesemua suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA - Kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) danakan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). -Bernama

Tags / Kata Kunci: IS , pelajar Asing , Tan Sri Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan