14 Remaja Bawah Umur Ditahan Positif Dadah Di Pusat Hiburan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2016 11:38 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 14 remaja bawah umur adalah antara 87 individu ditahan selepas dipercayai positif dadah dalam serbuan dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu awal pagi Sabtu.

Timbalan Komander Sting Bukit Aman, SAC Arjunaidi Mohamed berkata dari jumlah itu, seramai lapan remaja berusia 16 sehingga 18 tahun manakala enam lagi berusia di bawah 16 tahun ditahan dalam Operasi Pusat Hiburan yang dilakukan bermula pukul 2.15 pagi sehingga 7.00 pagi tadi.

Beliau berkata pihaknya turut menahan tujuh lelaki dan tiga wanita warga asing daripada 29 wanita dan 58 lelaki yang ditahan atas kesalahan yang sama.

"Polis telah melakukan pemeriksaan ke atas 158 orang yang berada di premis berkenaan dan saringan awal yang dijalankan ke atas 150 orang mendapati 87 daripada mereka positif dadah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Arjunaidi berkata pihaknya turut merampas beberapa jenis dadah termasuk 48 biji Eramine 5, 60 biji Ecstacy dan dua gram Ketamin.

Kes didiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (2), Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (2) akta yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun twitter beliau mengucapkan syabas atas kejayaan pasukan STING terbabit.

"Syabas STING @PDRMsia, pagi tadi, serbu pusat hiburan di Jln Pudu, KL. Tkap 87 org +tive dadah dan rampas dadah #GoPDRMGo," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan