Polis Tahan Lelaki Buat, Jual Air Ketum

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2016 4:59 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membuat air ketum dan menjualnya dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Markisah di sini pada Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis memeriksa rumah lelaki berusia 30-an itu pada 10.30 malam dan merampas 40 bungkusan air ketum.

"Pemeriksaan di bahagian dapur rumah lelaki itu, polis menemui satu bekas tong polystrene warna putih yang di dalamnya ada 18 bungkus air ketum dan satu bekas tong warna oren ada 22 bungkus air ketum," katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai mendapatkan bekalan daun ketum dari sindiket di Kedah sebelum memproses dan membungkusnya sebelum menjual di sekitar daerah SPT dengan harga RM6 sebungkus.

Katanya semasa serbuan terdapat enam lelaki berusia 20 hingga 40 tahun di rumah suspek dan pemeriksaan mendapati terdapat beberapa bungkusan air ketum bersama mereka dipercayai baharu dibeli.

Nik Ros Azhan berkata lelaki yang tidak bekerja itu mampu mengaut keuntungan sehingga ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menjual air ketum.

"Tujuh lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata polis menahan tujuh penagih dadah termasuk seorang wanita dalam dua serbuan berasingan di Jalan Kuala Mengkuang dan Guar Perahu di sini, semalam.

Katanya dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kuala Mengkuang itu, dua lelaki dan seorang wanita ditahan pada pukul 12.30 tengah hari dan merampas dadah jenis syabu seberat 4.15 gram (g) dan heroin sebanyak 6.7g.

"Dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Guar Perahu pada 1.45 tengah hari, seramai empat lelaki ditahan sedang menghisap dadah. Polis juga merampas syabu seberat seberat 0.24g," katanya.

Beliau berkata seorang daripada lelaki yang ditahan itu didapati melanggar syarat pengawasan dan semua tujuh penagih dadah berkenaan kini direman bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Air Ketum

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan