Seorang Maut, Tiga Cedera Dalam Pergaduhan Di Luar Bar

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Hasrat lapan lelaki untuk berhibur akhirnya bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati ditikam di luar sebuah bar di Api Api Centre di Jalan Coastal di sini.

Yaacob Nasran, 17, ditemui mati dengan kesan tikaman di leher dan dahi manakala tiga yang lain berumur antara 17 dan 20 tahun cedera dalam kejadian pada pagi Khamis.

Menurut polis pergaduhan itu mungkin berpunca daripada perasaan cemburu oleh bekas suami kepada seorang pelayan yang bekerja di bar.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, siasatan awal mendapati bahawa ketika ingin meninggalkan bar, mereka terperangkap di tengah-tengah pergaduhan antara suspek dan bekas isterinya.

Beliau berkata, suspek dan seorang saudaranya kemudian secara tiba-tiba mula menyerang kumpulan berkenaan.

"Dia kemudian mengambil parang dan mengayunkannya ke arah kumpulan belia itu hingga membunuh seorang daripada mereka di tempat kejadian," kata ACP Chandra.

Tambah beliau, tiga remaja lain yang cedera dalam serangan itu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Tags / Kata Kunci: Api Api Centre

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan