Polis Tahan 17 Individu Terlibat Nombor Ekor Tidak Berlesen

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis menahan 17 individu dalam beberapa  serbuan berasingan di premis nombor ekor tidak berlesen di sekitar negeri ini, dari petang sehingga malam Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata serbuan antara 5 petang hingga 8 malam itu, berjaya menahan mereka yang berusia antara 20 hingga 56 tahun mengikut Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

"Dalam serbuan itu, kita menahan 14 lelaki dan tiga wanita yang dipercayai terdiri daripada pekerja, pemilik dan juga pelanggan premis terbabit," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Khamis.

Pihaknya turut merampas 17 telefon, 17 mesin pencetak dan wang tunai keseluruhannya berjumlah RM911.

Beliau berkata serbuan dan tangkapan dilakukan di Pasir Gudang; Seri Alam; Rengit, Batu Pahat; Kluang; Kulai; Senai; Tangkak; Labis; Segamat dan Pontian.

Kamarul berkata mereka yang didapati menjalankan atau menganjurkan judi ekor tanpa lesen boleh dituduh mengikut Seksyen 4 A(a) ARJT 1953 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 sehingga RM200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: nombor ekor , PDRM

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan