RM22,000 Lesap, Ibu Tunggal Ditipu Cinta Internet

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 8:08 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal terpaksa berputih mata apabila wang berjumlah kira-kira RM22,000 lesap selepas ditipu oleh seorang lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi dating dalam talian.

Mangsa berusia 40 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, dia pertama kali bertemu dengan lelaki yang dikenali sebagai David Wales, melalui apliskasi "Mingle2" pada 18 Oktober lalu.

Menurut wanita berkenaan, Welsh memberitahunya bahawa dia adalah seorang ejen hartanah dari Manchester, England.

Setelah sekian lama berbual menerusi dalam talian, kedua-dua mereka menjadi semakin intim dan Welsh juga berjanji untuk mengahwininya pada tahun depan.

Wong berkata kira-kira sebulan kemudian, Welsh memberitahu bahawa dia mempunyai projek di Thailand dan mendakwa akan berada di Phuket selama tiga minggu.

Kata Wong, Welsh kemudian mendakwa dia telah dirompak di apartmennya di Phuket dan dimasukkan ke hospital.

"Dia juga mengirimkan gambarnya yang cedera dan di atas katil hospital. Dia meminta pinjaman sebanyak AS$2,500 (RM11,096) untuk menjelaskan bil hospital tetapi rakan meyakinkan saya supaya tidak memberi wang berkenaan," kata Wong pada sidang media yang disertai Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong.

Wong berkata, beliau kemudian dihubungi seorang lelaki lain dikenali sebagai Kim Chonlada yang mendakwa telah menyelesaikan bil hospital Welsh dan menuntut bayaran sebanyak AS$5,100 (RM22,636) atau dia akan mendedahkan gambar bogelnya di media sosial.

Kerana takut, Wong memindahkan wang berkenaan ke akaun di Thailand.

Kira-kira seminggu kemudian, Chonlada sekali lagi menghubungi Wong dan mendakwa bahawa anaknya telah disahkan menghidap kanser dan dia memerlukan US$120,000 (RM532,000) untuk yuran perubatan.

Penipuan berkenaan tidak berhenti di situ kerana Wong kemudian menerima e-mel daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai David Kurtis yang mendakwa sebagai ejen khas dari FBI dan Interpol Asia Tenggara.

Kurtis mendakwa bahawa dia akan menahan Welsh dan Chonlada Wong tidak membayar RM10,000 untuk kos penerbangan dan perbelanjaannya.

Tags / Kata Kunci: Love Scam , Cinta Internet

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan