Paraglider Dikhuatiri Lemas Di Pantai Pulau Kerengga

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 11:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang paraglider dikhuatiri lemas di pantai berhampiran Taman Buaya, Pulau Kerengga, Marang, petang Rabu.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata seorang nelayan ternampak paraglider berkenaan terjunam ke dalam laut kira-kira dua kilometer dari pantai tersebut.

"Nelayan terbabit kemudian membuat laporan mengenai kejadian tersebut kepada pasukan keselamatan dan bertindak atas laporan itu, pihak bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) segera ke lokasi kejadian pada 6.43 petang.

"Seramai 39 anggota dan pegawai bersama sebuah unit bot penyelamat bomba dan sebuah unit bot penyelamat APM digunakan dalam operasi mencari mangsa," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Setakat ini, beliau berkata identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.

"Operasi mencari dan menyelamat juga terpaksa dihentikan buat sementara dan disambung pada Khamis berikutan ombak besar yang berbahaya kepada pasukan penyelamat," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: paraglider , Pulau Kerengga

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan