Mayat Budak Mangsa Bot Karam Ditemui

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 5:57 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SIBU: Mayat kanak-kanak berusia tujuh tahun, Rudy Alfadance ditemui tiga hari selepas bot membawa tujuh individu karam di Sungai Rajang dekat Kpg Tamalat Sungai Rajang, Song, kira-kira satu jam perjalanan menggunakan bot dari sini.

Namun usaha mencari dan menyelamat oleh pasukan bomba masih diteruskan bagi mengesan seorang lagi mangsa, Reffinej Clarence, 9, yang masih hilang dan dikhuatiri lemas.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 5.50 petang Ahad apabila sebuah bot panjang membawa dua mangsa, seorang remaja dan empat dewasa dalam perjalanan pulang ke rumah panjang mereka.

Bot tersebut karam selepas dipukul ombak kuat.

Lima lagi mangsa berjaya berenang ke tebing sungai.

Dua kanak-kanak itu merupakan cucu kepada juragan bot berkenaan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tengah, Supt Abdul Mutalib Rashid berkata, mayat kanak-kanak itu dikesan seorang penumpang bot ekspres dekat Jambatan Durin kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu.

Polis Marin dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengangkat mayat tersebut sebelum ia dibawa ke bilik mayat bagi proses bedah siasat.


Tags / Kata Kunci: bot karam , kanak-kanak lemas

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan