Pendaki Australia Sesat Di Gunung Brinchang Ditemui Selamat

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Anggota mencari dan menyelamat telah menemui dua warga Australia yang tersesat semasa ekspedisi mendaki di Gunung Brinchang di sini.

Marciela Alice Shirley dan Adam Zhi Qiang, kedua-duanya berusia 25 tahun, memulakan pendakian mereka kira-kira pukul 3.40 petang Isnin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah M. Haziq Hazmi berkata kedua-dua mereka meneydari bahawa mereka telah sesat kira-kira dua jam kemudian dan menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

"Kami menghantar dua pasukan dengan tiga anggota untuk mencari mereka.

"Pasukan pertama telah dihantar ke kaki bukit dan mencari dalam lingkungan diameter 1 km dari tempat mereka dipercayai hilang.


"Pasukan kedua mencari di kawasan yang lebih luas, dalam lingkungan diameter 2 km dari laluan," katanya.

M. Haziq berkata kedua-dua pejalan kaki ditemui dalam keadaan selamat berhampiran sungai kira-kira pukul 9.50 malam.

"Kedua-dua mereka dihantar ke hotel tempat mereka menginap," katanya.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Hasadid A. Hamid yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa tidak memaklumkan kepada polis tentang perjalanan mereka.

"Kami menasihatkan pelancong atau sesiapa yang ingin melakukan ekspedisi mendaki di sini supaya memaklumkan kami terlebih dahulu," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan