Seorang Cedera, Papan Iklan Hempap Rumah

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 10:31 PM

Anggota Jabatan Pertahanan Awam menjalankan pemantauan selepas kejadian sebuah papan iklan setinggi hampir empat tingkat tumbang akibat dipukul angin kuat dan menghempap sebuah rumah berhampiran di Kampong Pelegong, Labu pada Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Umpama jatuh ditimpa tangga buat Maulud Wahid yang sedang menguruskan jenazah abang iparnya apabila diberitahu rumahnya dihempap papan iklan yang mencederakan anak perempuannya di Kampung Telegong, di sini Selasa.

Maulud, 44, yang ketika itu berada di Hospital Tuanku Jaafar berikutan kematian abang iparnya, terpaksa bergegas pulang selepas dimaklumkan Diana Athira, 17, cedera ringan akibat terkena serpihan besi konkrit papan iklan itu.

Angin kencang pada 1.30 tengah hari itu menyebabkan papan iklan terletak berhampiran rumah bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan itu, tumbang menghempap kediaman tersebut ketika mangsa sedang tidur di biliknya manakala empat beradiknya bermain di luar rumah.

"Saya hanya mengetahui mengenainya selepas dihubungi anak. Ketika kejadian, isteri saya berada di rumah saudara berdekatan rumah kami.

"Selepas dapat panggilan itu, saya terus balik kerana khuatir keselamatan anak-anak yang berada di rumah," katanya.

Menurut Maulud, beliau ada membuat laporan mengenai papan iklan tersebut yang baru dinaikkan bulan lalu kerana terlalu hampir dengan rumahnya kepada Majlis Perbandaran Nilai, dua minggu lepas kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.

"Anak saya yang cedera telah dibawa ke Klinik Kesihatan Labu tetapi masih mengadu sakit selepas dibawa pulang ke rumah.

"Saya akan bawanya ke hospital untuk rawatan susulan," katanya.

Adik Diana, Mohd Haniq Farhan Maulud, 15, berkata beliau tidak sedap hati ketika angin kencang dan sempat menjerit memanggil kakaknya sebelum papan iklan itu tumbang menghempap rumah itu.

"Kakak tidak sempat keluar dari rumah. Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia berlaku dengan pantas," katanya.

Seorang jiran Mohd Asri Abdullah, 37, pula berkata mulanya beliau menyangka bunyi petir tetapi apabila menyedari papan iklan itu menghempap rumah jirannya, beliau terus bergegas membantu mangsa.

"Saya menyangkakannya bunyi petir, jadi saya keluar rumah untuk memeriksa dan nampak rumah jiran kami telah dihempap papan iklan, lalu memberitahu isteri dan kemudian memberi bantuan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: papan iklan , tumbang

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan