Dalang Kes Bunuh Bill Kayong Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 9:50 PM

Bill Kayong.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis menahan seorang ahli perniagaan dari Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dipercayai suspek utama dalam kes pembunuhan aktivis tanah hak adat bumiputera (NCR), Bill Kayong.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor mengesahkan bahawa lelaki bergelar Datuk itu ditahan di Fujian, China pada Isnin oleh pihak berkuasa negara Tembok Besar tersebut.

Beliau berkata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dev Kumar dan sepasukan anggotanya berlepas ke China dan mengiringi suspek pulang ke tanah air.

Mazlan berkata suspek akan didakwa di Miri dalam masa terdekat.

Dev turut mengesahkan penahanan tersebut.

"Saya akan mengiringi suspek pulang ke Miri pada Rabu," kata Dev kepada The Star.

Bill ditembak mati dipercayai menggunakan senapang patah di persimpangan lampu isyarat Lutong di Miri, kira-kira pukul 8.30 pagi, 22 Jun lalu.

Polis telah menahan penembak Setiausaha PKR Cawangan Miri itu.

Ahli perniagaan itu dipercayai melarikan diri ke luar negara dan polis dengan kerjasama Interpol telah menjejaki suspek yang meninggalkan negara beberapa hari selepas insiden tersebut.

Tags / Kata Kunci: Bill Kayong

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan