Tiga Maut Dalam Dua Nahas

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 2:26 PM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Tiga maut dalam dua kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), pagi Isnin.

Kemalangan pertama berlaku di kilometer 341, dekat Felda Kerteh pada pukul 6.30 pagi yang mengakibatkan Zulkifli Hamid, 56, yang menaiki sebuah lori terbunuh di tempat kejadian.

Nahas itu dipercayai berpunca selepas lori yang dinaikinya merempuh belakang sebuah treler dan ketika kejadian mangsa bersama pemandu yang berusia 24 tahun dalam perjalanan dari Tok Bali, Kelantan ke Johor.

Kemalangan kedua menyaksikan dua penunggang, Mohd Zaki Ibrahim, 23, dan Abdullah Embong, 71, terkorban selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di jalan Kampung Batu Tiong-Kampung Baru, Kuala Abang, di sini.

Kejadian pukul 8.15 pagi itu dipercayai berpunca apabila motosikal yang ditunggang Mohd Zaki dari arah Batu Tiong hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan hingga merempuh motosikal yang ditunggangi Abdullah.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu. 

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan